THAI MASSAGEAku memang suka berkunjung ke spa kalau ada duit lebih dan badan kurang sedap. Lebih- lebih lagi kalau tempat tu ada menawarkan servis urutan Tradisional Thai. Pertama kali merasa urutan Tradisional semasa aku sekeluarga melancong ke Hattyai.
(gambar hiasan)
Urutan Tradisional Thai tidak menggunakan minyak. Cukuplah dengan kudrat dan kemahiran si pengurut. Habis kita dilanyaknya. Semua urat dan tulang temulang kita di'urai' dan diregang. Hasilnya, sedapppp...... Badan menjadi segar.
PUSAT URUTAN THAI ******
Hari ini, aku telah berkunjung ke sebuah kedai urut yang tidak asing lagi bagi penggemar- penggemar servis ini. Tempatnya terletak di dalam sebuah kompleks membeli belah yang terkenal. Aku telah menelefon lebih awal untuk menempah masa urutan.
Ketika sampai, tukang urut yang kutempah belum lagi bersedia. Aku pun menunggu di meja resepsi. Aku tertarik kepada gadis yang duduk di belakang meja resepsi itu. Wajahnya seperti seorang berbangsa India (macam heroin Hindustan gitu) tetapi, mempunyai nama Islam. Aku pun bertanya mengenai bangsanya. Dia pun berkata yang dia berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dengan tidak sengaja topik tudung pula keluar dari mulut kami. Terus terang Fatimah (bukan nama sebenar) mengatakan dia tidak dibenarkan bertudung jika ingin berkerja di situ.
(gambar hiasan)
Aik! Apa sudah jadi? Bukankah ini negara Islam? Orang perempuan yang beragama Islam wajib menutup aurat.... Ini merupakan penindasan kepada ummat Islam. Wanita tidak dibenarkan bertudung untuk berkerja di sebuah syarikat, badan, kedai atau sebagainya adalah satu yang memalukan kepada negara yang telah mengwar- warkan kepada seluruh dunia yang MALAYSIA adalah SEBUAH NEGARA ISLAM.
(gambar hiasan)
KALAU INI NEGARA ISLAM, KENAPA ADA WANITA ISLAM YANG TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI TUDUNG KETIKA BERKERJA?
Ketika saya di sana, tidaklah saya dapat mencari kepentingan untuk tidak bertudung di premis itu. Dan tidak juga saya dapat mencari keburukan bertudung di situ..... JADI, KENAPA?
INI ADALAH SENSITIVITI AGAMA KITA. KALAU BUKAN KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, YANG MENEGAKKANNYA, SIAPA LAGI?
Kalau pakai tudung takleh jadi 'receptionist' ke? Huhuhuhu. PELIK BIN AJAIB. MALAYSIA NEGARA ISLAM.
(gambar hiasan)