Search This Blog

Pages

Sunday, April 3, 2011

CARA- CARA MENGURANGKAN STRESS



Semua orang memiliki hobi, dari hobi melukis, memasak, bermotor besar, menjahit dan sebagainya. Salah satu hobi kegemaran saya ialah memasak.

Apabila saya gembira, saya akan memasak. Saya suka melihat orang lain makan masakan saya. Terutama anak- anak. Saya akan berusaha bersungguh- sungguh memenuhi kehendak citarasa anak- anak saya dalam makanan.

Apabila saya sedih, saya juga akan memasak. Segala kesedihan dan kerunsingan saya akan hilang sedikit demi sedikit apabila saya mula menumpukan perhatian pada masakan saya. Segala masalah saya akan saya lupakan apabila saya mula memasak. Terutama sekali jika memasak kek, muffin, mini cake, dan sebagainya. Apabila saya mula menimbang berat tepung, menyukat gula, susu dan sebagainya, fikiran saya teralih. Beban fikiran mula terasa ringan. 

Kalau mahu mengurangkan stress, tidak semestinya kita perlu memasak. Kita cuma perlu lakukan sesuatu yang kita benar- benar suka. 

No comments:

Post a Comment