Search This Blog

Pages

Monday, May 31, 2010

Cape Town... A wonderful city

Aku tak sangka yang aku dapat bertapak di Cape Town. Aku selalu tengok Cape Town dari peti TV. Cantik... Ya ke cantik? Entah - entah diorang shoot kat tempat yang lawa saja. Akhirnya soalan aku terjawab juga.
 Cape Town dari atas kapal terbang

Terkesima aku melihat bunmi yang benar- benar asing. Aku tertanya- tanya. Mana bangunan pencakar langit? Mana bangunan yang macam KLCC? Hui lain la negara orang nih!


Aku tertarik dengan gambar kat dinding nih! Fuyooooo! Aku dah sampai dulu kat Cape Town, South Africa..... Tuan Rumah WOrld Cup 2010. Besarnya mulut orang nih!

Aku terpesona dengan rekabentuk bangunan ini. (Ladang Ostrich)

Sampai- sampai aje di lapangan terbang Cape Town, terus sahaja kami dibawa ke ladang Ostrich. Aku tak pernah tau pun kat Africa ada burung unta. Tu la.... katak bawah tempurung.
Nila cikgu kami yang ngajar pasal burung unta Africa

Baru aku tau perbezaan burung unta Africa dengan tempat lain. Bezanya adalah kakinya. Burung Unta tempatan ada dua jari. Satu untuk bertapak dan satu lagi untuk imbangan.
Dua biji telur unta yang aku lanyak- lanyak bawah kasut but aku

Untuk pengetahuan semua, telur burung unta mempunyai kulit yang tebal. Tu la, bukan kulit burung itu saja yang tebal, sesuai buat beg tangan yang lasak dan tahan lama. Telurnya tidak mudah pecah. Kalau nak pecahkan, kena ambik tukul dan ketuk kuat- kuat.
 Ini adalah masanya kami menikmati hidangan istimewa di ladang Ostrich ini. Cuba teka.... Yup! Daging burung unta dan telur burung unta. Sebiji telur unta boleh dihidangkan kepada 24 orang tetamu. Hmmmm.... Memang lazat.Halal tak makanan yang kami makan tu? Dijamin halal. Tahukah korang yang Cape Town ramai orang Islam? Tukang masak kami ni pun orang Islam Cape Town.
 Tengah- tengah Bandar Cape Town

Di sini, dulunya adalah dermaga di mana kapal- kapal berlabuh

Menurut tourist guide kami, dulunya tempat ini adalah laut. Sekarang telah ditambak.

Cantik bangunan- bangunan lama ni

Kebetulan pulak ada piket oleh pelajar- pelajar sekolah yang menginginkan kerajaan menanggung kos pendidikan mereka.

Cuba korang tengok betul- betul bandar depa. Takde pun gerai tepi jalan. Semuanya 'fine' restoran. Tu yang bandar depa nampak bersih je. Suhunya pun tak panas. Menurut driver bas pelancong aku tu, paling panas pun kat Cape Town adalah 30 darjah selsius. Itu pun waktu musim panas. Bayangkan la kat Malaysia...... Panas, panas, panas! So... humid! Aku suka weather kat sini. Windy! Mcm kat Cameron!

Lepas ronda- ronda Bandar Cape Town, kitorang pergi pula ke Table Mountain. Inilah banjaran terkenal di South Africa. Bila naik ke atas, kita boleh lihat seluruh Cape Town.



 
Replika Table Mountain

Aku suka dan kagum dengan ciptaan Allah. Table Mountain kelihatan seperti susunan anak tangga. Masyaallah! Cantik sungguh.
Bye bye Table Mountain n d Devil's Peak

Ianya dipanggil Devil's Peak kerana..... Pada zaman dahulu, ada seorang penghisap paip datang ke sebuah kampung. Orang- orang kampung sumer x suka. Diorang halau dia sampai ke Table Mountain. Semasa beliau mendaki gunung tersebut, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang memakai topi panjang. Lelaki tersebut sedang menghisap paip. Dia pun berkata kepada lelaki misteri tersebut, "Akula penghisap paip yang paling hebat!"
"Yakah? Aku lebih hebat!" Lelaki misteri itu pun menghisap paipnya dan menyebabkan seluruh Table Mountain diselubungi asap putih.
"Waaa.... Kamu memang hebat! Kita sama- sama hebat!" Kata penghisap paip dan mereka pun bersahabat. "Wahai lelaki misteri, bukalah topimu. Aku ingin melihat rupamu dengan lebih jelas.
Apabila lelaki misteri itu membuka topinya, maka ketahuilah lelaki penghisap paip itu bahawa orang itu adalah Iblis (Devil). 
Disebabkan itulah tempat itu dinamakan sebagai the Devil's Peak. Dan orang- orang kampung semua percaya, jikalau Table Mountain diselaputi kabus putih, maknanya si penghisap paip sedang menghisap paip bersama- sama kawannya si Devil..... Hehehehe. Kalau tourist guide tipu aku, maknanya, aku tipu korangla.......

Inilah stadium yang akan digunakan untuk World Cup nanti (Aku dah ada kat sini dulu!)

Sepadan tak dengan baju aku?
Kalau korang ronda- ronda sekitar Cape Town, korang akan perasan yang jarang nampak motor- motor bersepah di jalanraya macam KL.  Bukan orang Cape Town tak suka motor. Cuma sebab tak sesuai. Cuaca di Cape Town terlalu berangin. Anginnya terlalu kencang sampai motor pun boleh terbabas. Aku mula- mula sampai Cape Town pun heran mula- mulanya. Mulut aku memang suka bertanya jadi inilah jawapan yang orang Cape Town bagi kat aku.

Berjalan sekitar Melayu Quarters di Cape Town
After a brief walk around the Melayu Cape Town Quarters, we went for our dinner around there.Well, it was not Malay food though. Walau pun restoran tersebut berada di tengah- tengah perkampungan Melayu Cape Town, makanannya lebih semacam makanan orang India. Well, new place, new experience.

Ni plak on the way nak pergi Shasrk Diving!

Mendengar taklimat dari kapten dan pakar penyelam kita

Posing dulu.... lepas tu mabuk tak ingat dunia (sea sick)

Beria-ia aku nak menyelam tengok shark.... tapi, memang takde rezeki. Aku dah mabuk laut! Kakak aku yang terkenal dengan 'unfriendly' dengan binatang tu jugak yang terjun dalam laut yang sejuk tuh! Paling panas pun 14 darjah celsius. Brrrrrrr...... sejuk giler! Aku tak suka air sejuk! Nasib baik aku tinggal kat Malaysia.
Ramainyer nak tengok white shark!

There are lots of seals here...

Ada orang tak percaya yang South Africa ada penguin.....


Cape Town adalah sebuah bandar yang hebat.... Kalu ada orang nak bawak lagi, kita nak ikut!

Kelantan...... macam- macam ada

PERCIK PERUT AYAM.... YUM YUM



 Percik Perut Ayam dan nasi tumpang di Kelantan.... Cubalah!


Saturday, May 22, 2010

Ceasarean Birth

Ini anak aku yang ketiga. Ini lah satu- satunya anak aku yang dilahirkan cukup bulan. Sebab, kakak- kakaknya, dua- dua dilahirkan pramatang. Pramatang 8 bulan. Walaupun pramatang, lihatlah, sihat! Alhamdulillah... Pandai bapaknya bagi makan.
Apa yang sama mengenai adik- beradik ini ialah... mereka semua dilahirkan secara c- section iaitu secara pembedahan. Inilah yang aku nak share dengan korang. Masa anak pertama, memang tak banyak masalah selepas bersalin. Sakit tu, memang sakit. Tapi, dalam tiga empat hari aku jalan laju jer. Apabila tiba anak kedua..... sakit. Terasa macam perut nak terburai  keluar bila berjalan. Tapi, dalam masa dua minggu, aku dah boleh drive. Tiba anak yang ketiga, Masyaallah! Allah saja yang tau bagaimana sakitnya. Masa pembedahan pun aku terasa. Tapi, nak wat camner..... tahan je la. Zikir pada Allah banyak- banyak. Sssssss..... Terasa ko!



They open me up! Tapi, relax la... ini dah kali ketiga! Sebenarnya, walau pun sudah kali ketiga, aku masih berdebar- debar dan takut.Alhamdulillah, suami ada di sisi. Kuat sikit semangat aku.



Mau tak takut! Perut kita dipotong dan terbuka. Boleh kena jangkitan tau.





Cuba tengok... berapa lapis perut kita nih?

 

Aku bagi kawan aku tengok gambar nih! Bila dia tau aku punya, diorang tak sanggup nak tengok.

Diorang kata.... It's different. Bila tak kenal orang tu, lain perasaannya. Bila tau gambar siapa, macam tak percaya kata mereka.



Bila tengok... aku sendiri pun tak percaya. Aku ke tu?

Korang tengok la cara diorang tebuk rahim tu.... Guna jari je. Yala... dah dua kali tempat yang sama. Koyakkan saja la macam kain buruk.....


It's time to open up.....

Itu pun kepala dia...
Doktor sedang sedut lendir dari mulut baby. Kesian. Tapi, kena buat juga sebab nak mudahkan baby bernafas.






Bila dengar baby nangis.... sakit dan cemas tu hilang kejap.
Tapi, tu lla bila dah dibuka mesti kena tutup kan?










Tali pusat kena potong.... uri kena keluarkan.





Tibalah masanya rahim dikeluarkan untuk dijahit.....








Lantakla apa doktor nak buat... Janji anak aku selamat! Alhamdulillah.Inilah hadiah aku pada suami. Semoga anak- anakku menjadi insan beramal soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.