Search This Blog

Pages

Sunday, December 5, 2010

Annual Luncheon: Kelab Staf SMKSM 2010

Penderaan kanak - kanak



Dia baru je lepas conteng dinding.......

Sunday, September 19, 2010

Balik kampung

Balik kampung...
Apabila kita sebut sahaja mengenai balik kampung, tentu kita menggambarkan satu perjalanan yang jauh dan kegembiraan yang menanti di hujung perjalanan apabila telah tiba di destinasi yang dituju. terutama sekali bila tiba hari raya. Keterujaan menempuh perjalanan dengan harapan menemui orang - orang yang tersayang di kampung.
Bagi yang tinggal dan menetap di bandar -bandar dan berasal dari bandar itu tidak dapat merasakan keterujaan ini.
Memang la aku dilahirkan di Kuala Lumpur dan ibu bapaku tinggal di Kuala Lumpur. Tetapi, aku bernasib baik kerana masih mempunyai atuk dan nenek yang masih tinggal di kampung. Alhamdulillah Dapat jugalah aku merasakan perasaan itu.
 
Pemandangan di kiri dan kanan jalan menggamit perasaanku. Aku berasa amat bersyukur kepada Allah taala, Tuhan pencipta sekian alam kerana dapat melihat keindahan yang diciptakan olehNYa. Alhamdulillah...  Kehijauan tumbuh -tumbuhan sepanjang jalan menyejukkan pandangan. Masyaallah.... Alhamdulillah.
Malaysia ni cantik kannnn.......
Tak sah kalau tak jumpa ni bila balik kampung aku.... Sedia la... Sediakan duit!
TOL....
Selamat balik kampung.....

Tuesday, September 7, 2010

Chow Kit at night

Lama tak pergi Chow Kit malam - malam. Malam tadi ayah ajak pergi. Nak beli sayur maman nak buat gulai untuk raya nih. Apa lagi.... tak lepas kan peluang la....
Macam- macam dijual di sini... Sayur- sayuran, buah- buahan, daging ayam, daging lembu, sarung ketupat dan macam - macam lagi. Mereka ini berniaga hingga ke subuh....

inila sebahagian hidup di Kuala Lumpur....

Sunday, August 15, 2010

Kruger Park Safari, Mpumalanga, South Africa



I never thought that I would have the chance to visit the Safari. I always watched this on tv.... It was amazing!
From Cape Town, we took an aeroplane to Mpumalanga International Airport.
Mpumalanga Airport Welcome Sign



I like the design of this airport

From the airport,we had to take a bus. The journey took us about 1 hour. Hungry! We would be taking our lunch at the camp......While on the bus, I enjoyed the scenery of South Africa. The environment here is very different than Cape Town. The climate is also different. It was humid at that time. My tourist guide told us that it was summer time.....

This is a usual scenery of a village in Mpumalanga.


At the gate of Kruger Park

Look at the name of the park (Safari). It reminds me of Freddy Kruger of the Elm Street... Heheheheh!
The hut where I spent my nights in the camp of Kruger Park
These animals you see were wild animals... They looked as if they were tame. But actually, not. They were let in by the guards of the camp. Definitely, they wont let in the cheetahs and lions in.... Nak mati ker?
Adventurous gangs!
We were getting ready for the first ride in the Kruger Park. All of us were so excited. We didn't have much patient to see all of  the BIG FIVES of Africa.....
The kind of vehicle used for the 'Game Drive'
It was really important for us to listen and obey the instruction of the ranger in charge who happened to be our guide and also driver of the game drive
The scenery was amazing!

 Dwarf Mongoose

Natural fire fighters - the rhinos!
My favourite! 
Do you know how to recognize whether the zebra is male or female?
Simple! The male is the black one with white stripes and the female is the white with the black stripes! Hehehehehe!
Meet the King of the Savannah!

This is his wife! Just got back from honeymoon....


Enjoying the Game Drive!

Me and My Bodyguards..... Hehehehe
The beast was having its dinner
This animal lived in solitude because he was under exile. It was old and was waiting for its time.... to die!
Beautiful scenery at dusk!
It was waiting for any corpse to eat
She was amazing!
My favourite!
A very big African Elephant!!!! It frightened me!

Beautiful cheetah!
I saw a leopard after that but I couldn't manage to take its picture. It was too fast.
Hyene! Hyene! (I can make its sound perfectly!)
I am missing this place. It was an amazing experience! I thought I would never had a chance to visit Africa..... It was really expensive to go there. But, Allah is Great! I had a chance to go there free of charge. I won the Nestle Drumstick Brr...ave Contest! Alhamdulillah..... Thank You Allah. South Africa is one of the greatest creation of Allah.

Wasalam....














Thursday, June 24, 2010

CINTA pada ALLAH..... CINTA pada MANUSIA

 GAMBAR HIASAN

SAtu Hari CINTA dan KAWAN berjalan- jalan di dalam kampung.........
Sedang asyik menikmati keindahan kampung tersebut, tiba- tiba CINTA terjatuh ke dalam sebuah telaga yang amat dalam......

KENAPA?
Kenapa CINTA boleh jatuh dalam telaga?

Kerana........
CINTA ITU BUTA.....
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.....

KENAPA?
Kenapa KAWAN ikut terjun? Bodohkah dia?

Tidak. KAWAN bukannya bodoh tetapi, KAWAN adalah kawan yang baik.
KAWAN sanggup tolong CINTA...
KAWAN sanggup buat apa saja demi CINTA!!!!!!!

Di dalam telaga, CINTA hilang.....

KENAPA?
Kenapa CINTA boleh hilang?

Kerana.....
CINTA itu halus....
mudah hilang kalau tidak dijaga dan sukar dicari. Apatah lagi di dalam telaga yang gelap dan dalam......
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari - cari di mana CINTA dan terus menunggu........

KENAPA?
Kenapa KAWAN setia menunggu?

Kerana......
KAWAN itu SEJATI dan akan kekal sebagai KAWAN selama - lamanya.....

CINTA saja yang datang dan pergi.........................


Kecuali CINTA YANG AGUNG........
CINTA pada ALLAH yang ESA dan MAHA BERKUAShA!


CINTA adalah kurniaan ALLAH taala.... bersyukurlah kerana kita dikurniakan CINTA


CINTA kepada kekasih
CINTA kepada suami / isteri
CINTA kepada anak - anak
CINTA kepada ibu bapa
CINTA kepada saudara sesama Islam
CINTA kepada ALLAH terutamanya.....
ALHAMDULILLAH

Sunday, June 13, 2010

My daughter is eating mee hoon soup

The house of my mom's neighbour was on fire

 The experience was unforgetfull because this is the first time I was involved in this kind of incident. And it happened to be just nearby... right beside of my mom's house.

You may click on the link below to see how the fire burnt the house down.



Three engines came to put out the fire. We waited more than half hour for them to arrive. My sister called the fire brigade about three times. All the neighbours tried hard to put out the fire. The water pressure was not that strong. But, they did not give up and tried as best as possible.

I did not know what got in to me..... I had carried out a small refrigerator out of my mom's house when I was told to take out the valuable things. Well, my sister laughed at me after the incident. She said, it was better if I just took out the big refrigerator as well. Wakakaka. At that time, I was panic. The refrigerator seemed to be important.... Humph!
Not good at taking pictures at night... all blur!

Thanks to all neighbours and all 'abang bomba' who had helped to put out the fire

If they didn't work together in putting out the fire, the condition might be worse. More houses might turn to ashes especially my mom's house....

THANK YOU........




Saturday, June 12, 2010

Selamat Hari Guru....

Bila tiba hari guru, pelajar- pelajar sekolah aku berlumba - lumba dan beria- ia nak mengadakan persembahan. Ada yang nak menyanyi, menari, berlakon, berdikir, bersajak dan sebagainya. Persediaan dan latihan diambil dalam 2 minggu... (dalam pengtahuan guru). Mereka juga berlatih sendiri dengan kumpulan masing- masing.
Aku pula adalah salah seorang guru AJK persembahan yang memastikan persembahan murid adalah dalam 'kawalan'. Aku suka waktu ni kerana dapat menyaksikan bakat - bakat pelajar yang pandai bermain dengan alat muzik seperti piano, gitar, dram, Er Hu, dan sebagainya.
Pada hari Khamis, 3.6.2010, sehari sebelum sambutan Hari Guru sekolahku, raptai penuh telah dijalankan. Bertuahny6a badan dapat menyaksikan persembahan pelajar- pelajar terlebih dahulu sebelum guru- guru lain.... Hihihi...
Tengah syok - syok tengok ada satu group tu sedang menari dan melompat sambil berpusing, tiba- tiba, salah seorang daripada mereka terduduk sambil memegang lutut. Kawan- kawannya yang tidak menyedari yang si dia ni tercedera, masih terus menari. Aku pun tanya kat kawan sebelah, "Eh, apsal budak tu? Kenapa dia pegang lutut?"
Dengan selamba kawan aku jawab, "Tengah berlakon tu...."
Tapi, kenapa lututnya senget?  "Taklah!"
Cepat- cepat aku lari naik ke pentas. Kawan aku pun ikut berlari bersama sama. Teachers to the Rescue!!!! Sah! Lutut terkeluar! Dan dan tu jugak kawan aku (Pn. Fariza) berlari ke pejabat untuk telefon ambulan.... Cian budak tu!
Cikgu amik gambar pun ketar.... Hehehehe

Paramedik dan doktor berkerja dengan berhati- hati

Pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh sebelum rawatan awal diberikan

Bantal dari Klinik Sekolah digunakan untuk menstabilkan keadaan kaki
PK Kanan 1 dan cik kaunselor kita (still available), pun turun padang untuk memberi sokongan moral
Pengetua, Guru Disiplin, pun turut memberi sokongan moral. 
Madam Ee yang dok sebelah Puan Pengetua pun cool je. Dia pun adalah AJK persembahan yang menguruskan keseluruhan persembahan. Boleh bayangkan tak betapa peningnya dia bila ada kejadian cam ni? Itu la susahnya jadi orang besar. Tanggungjawab pun besar.

 Kena belajar nih! Camner nak buat rawatan awal untuk orang lutut terkeluar.... Tapi, baik la tipon ambulan. Nanti, terus tercabut plak lutut budak nih!

Pelajar yang cedera dipindahkan dari atas pentas ke stretcher ambulan menggunakan kain.


Selepas dipindahkan paramedik dan Doktor HUKM membawa pelajar ini ke hospital

Esoknya, kami dapat tahu dari kawan- kwannya, yang dia mengalami 'dislocate knee' dan sedikit keretakan. Adush! Sakit tu...... Anyway, kawan- kawannya tetap teruskan persembahan mereka esoknya untuk hari Guru. Itu la, tak patah semangat diorang ni! Cikgu- cikgu hargai usaha korang nih! Harap, semangat korang untuk belajar pun seteguh semangat ini. Insyaalaah.