Search This Blog

Pages

Saturday, June 12, 2010

Selamat Hari Guru....

Bila tiba hari guru, pelajar- pelajar sekolah aku berlumba - lumba dan beria- ia nak mengadakan persembahan. Ada yang nak menyanyi, menari, berlakon, berdikir, bersajak dan sebagainya. Persediaan dan latihan diambil dalam 2 minggu... (dalam pengtahuan guru). Mereka juga berlatih sendiri dengan kumpulan masing- masing.
Aku pula adalah salah seorang guru AJK persembahan yang memastikan persembahan murid adalah dalam 'kawalan'. Aku suka waktu ni kerana dapat menyaksikan bakat - bakat pelajar yang pandai bermain dengan alat muzik seperti piano, gitar, dram, Er Hu, dan sebagainya.
Pada hari Khamis, 3.6.2010, sehari sebelum sambutan Hari Guru sekolahku, raptai penuh telah dijalankan. Bertuahny6a badan dapat menyaksikan persembahan pelajar- pelajar terlebih dahulu sebelum guru- guru lain.... Hihihi...
Tengah syok - syok tengok ada satu group tu sedang menari dan melompat sambil berpusing, tiba- tiba, salah seorang daripada mereka terduduk sambil memegang lutut. Kawan- kawannya yang tidak menyedari yang si dia ni tercedera, masih terus menari. Aku pun tanya kat kawan sebelah, "Eh, apsal budak tu? Kenapa dia pegang lutut?"
Dengan selamba kawan aku jawab, "Tengah berlakon tu...."
Tapi, kenapa lututnya senget?  "Taklah!"
Cepat- cepat aku lari naik ke pentas. Kawan aku pun ikut berlari bersama sama. Teachers to the Rescue!!!! Sah! Lutut terkeluar! Dan dan tu jugak kawan aku (Pn. Fariza) berlari ke pejabat untuk telefon ambulan.... Cian budak tu!
Cikgu amik gambar pun ketar.... Hehehehe

Paramedik dan doktor berkerja dengan berhati- hati

Pemeriksaan dijalankan secara menyeluruh sebelum rawatan awal diberikan

Bantal dari Klinik Sekolah digunakan untuk menstabilkan keadaan kaki
PK Kanan 1 dan cik kaunselor kita (still available), pun turun padang untuk memberi sokongan moral
Pengetua, Guru Disiplin, pun turut memberi sokongan moral. 
Madam Ee yang dok sebelah Puan Pengetua pun cool je. Dia pun adalah AJK persembahan yang menguruskan keseluruhan persembahan. Boleh bayangkan tak betapa peningnya dia bila ada kejadian cam ni? Itu la susahnya jadi orang besar. Tanggungjawab pun besar.

 Kena belajar nih! Camner nak buat rawatan awal untuk orang lutut terkeluar.... Tapi, baik la tipon ambulan. Nanti, terus tercabut plak lutut budak nih!

Pelajar yang cedera dipindahkan dari atas pentas ke stretcher ambulan menggunakan kain.


Selepas dipindahkan paramedik dan Doktor HUKM membawa pelajar ini ke hospital

Esoknya, kami dapat tahu dari kawan- kwannya, yang dia mengalami 'dislocate knee' dan sedikit keretakan. Adush! Sakit tu...... Anyway, kawan- kawannya tetap teruskan persembahan mereka esoknya untuk hari Guru. Itu la, tak patah semangat diorang ni! Cikgu- cikgu hargai usaha korang nih! Harap, semangat korang untuk belajar pun seteguh semangat ini. Insyaalaah.

2 comments:

  1. Now I understand why that day during the persembahan someone told me about a guy being hurt so this is the poor guy. So how is he now okay kah?

    ReplyDelete
  2. His friend told me, he's ok now. Got dislocated knee n a bit fracture!!!!! Tough guy!

    ReplyDelete