Search This Blog

Pages

Saturday, May 22, 2010

Ceasarean Birth

Ini anak aku yang ketiga. Ini lah satu- satunya anak aku yang dilahirkan cukup bulan. Sebab, kakak- kakaknya, dua- dua dilahirkan pramatang. Pramatang 8 bulan. Walaupun pramatang, lihatlah, sihat! Alhamdulillah... Pandai bapaknya bagi makan.
Apa yang sama mengenai adik- beradik ini ialah... mereka semua dilahirkan secara c- section iaitu secara pembedahan. Inilah yang aku nak share dengan korang. Masa anak pertama, memang tak banyak masalah selepas bersalin. Sakit tu, memang sakit. Tapi, dalam tiga empat hari aku jalan laju jer. Apabila tiba anak kedua..... sakit. Terasa macam perut nak terburai  keluar bila berjalan. Tapi, dalam masa dua minggu, aku dah boleh drive. Tiba anak yang ketiga, Masyaallah! Allah saja yang tau bagaimana sakitnya. Masa pembedahan pun aku terasa. Tapi, nak wat camner..... tahan je la. Zikir pada Allah banyak- banyak. Sssssss..... Terasa ko!



They open me up! Tapi, relax la... ini dah kali ketiga! Sebenarnya, walau pun sudah kali ketiga, aku masih berdebar- debar dan takut.Alhamdulillah, suami ada di sisi. Kuat sikit semangat aku.



Mau tak takut! Perut kita dipotong dan terbuka. Boleh kena jangkitan tau.





Cuba tengok... berapa lapis perut kita nih?

 

Aku bagi kawan aku tengok gambar nih! Bila dia tau aku punya, diorang tak sanggup nak tengok.

Diorang kata.... It's different. Bila tak kenal orang tu, lain perasaannya. Bila tau gambar siapa, macam tak percaya kata mereka.



Bila tengok... aku sendiri pun tak percaya. Aku ke tu?

Korang tengok la cara diorang tebuk rahim tu.... Guna jari je. Yala... dah dua kali tempat yang sama. Koyakkan saja la macam kain buruk.....


It's time to open up.....

Itu pun kepala dia...
Doktor sedang sedut lendir dari mulut baby. Kesian. Tapi, kena buat juga sebab nak mudahkan baby bernafas.






Bila dengar baby nangis.... sakit dan cemas tu hilang kejap.
Tapi, tu lla bila dah dibuka mesti kena tutup kan?










Tali pusat kena potong.... uri kena keluarkan.





Tibalah masanya rahim dikeluarkan untuk dijahit.....








Lantakla apa doktor nak buat... Janji anak aku selamat! Alhamdulillah.Inilah hadiah aku pada suami. Semoga anak- anakku menjadi insan beramal soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment